Buat Rawatan Jika Kerap Bersin

resdung-bersinKerap bersin, gatal hidung, hidung tersumbat dan hidung berair antara gejala seduan atau lebih dikenali sebagai alahan rinitis lazim dihadapi oleh sesiapa sahaja.

Namun, gejala ini sering dianggap biasa dan ramai yang tidak ambil kisah kemungkinan berisiko mendapat penyakit lain berkaitannya.

Pakar Perunding Otorinolaringologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof Madya Dr Rosdan Salim, berkata gejala awal seduan berlaku kerana keradangan membran nasal (hidung) yang kerap bersin, hidung berair, hidung tersumbat, gatal hidung atau mana-mana kombinasi itu.

Katanya, gejala itu tidak dapat dikesan individu, namun jika ia berlarutan dalam tempoh lima hari atau seminggu individu perlu mendapat rawatan lanjut.

Masalah seduan boleh dikesan sendiri pesakit dengan segera membuat pemeriksaan bagi mengelakkan ia merebak menjadi resdung atau alahan sinusitis.

Alahan rinitis adalah gejala, iaitu hidung pesakit sering tersumbat dan berair apabila terdedah kepada habuk.

“Pesakit kerap bersin berpanjangan sebaik bangun tidur terutama pada waktu pagi yang menyebabkan rasa tidak selesa, gatal hidung, mata, tekak dan muka serta kahak yang mengalir di belakang tekak.

“Gejala ini perlu dibendung bagi mengelakkan ia merebak dan membawa kepada masalah resdung,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Alahan rinitis terjadi kerana pesakit terdedah kepada hama debu, habuk, kelemumur binatang peliharaan dan pencemaran udara terutama dalam keadaan cuaca kering.

Masalah alahan rinitis jika tidak dirawat akan membawa kepada resdung atau keradangan sinus (sinusitis).

Masalah sinusitis akan menyebabkan pesakit mengalami sakit di bahagian dahi, belakang mata, sakit muka dan kepala apabila bersujud atau membengkokkan badan, kerap demam, deria bau terganggu dan lendir kehijauan atau kuning.

“Alahan rinitis dan sinusitis amat berkait rapat yang disebabkan persekitaran dan alahan yang menyebabkan sistem imun individu menjadi terlalu sensitif.

“Ia juga dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan. Jika ibu bapa mempunyai masalah resdung atau seduan, 50 peratus anak-anak mereka akan turut mengalaminya.

“Namun, masalah ini boleh dirawat atau hilang dengan sendirinya apabila seorang meningkat dewasa,” katanya.

Dr Rosdan berkata, cecair berlendir jika ditelan tanpa disedari akan terkumpul dalam hidung dan menyebabkan lapisan mukosa membengkak dan menyekat bukaan sinus.

Jika jangkitan berlaku, cecair berlendir ini akan berubah warna menjadi lendir kehijauan atau kuning di dalam sinus.

“Alahan rinitis dan sinusitis akan menyebabkan pesakit hilang deria bau disebabkan hidung tersumbat. Dalam kes itu ia boleh dirawat menerusi ubat atau pembedahan kecil membuang penghalang untuk mengembalikan deria bau.

“Kita mendapati 95 pesakit yang mendapat rawatan di HUSM alah kepada makanan laut dan 40 peratus alah kepada bulu kucing atau binatang peliharaan.

“Kajian kita juga mendapati antara 27 hingga 30 peratus bagi 100 individu mempunyai masalah seduan atau resdung,” katanya.

Katanya, pesakit juga perlu menjauhkan diri daripada alahan termasuk hama debu, habuk dan bulu binatang peliharaan.

Pesakit digalakkan supaya sentiasa membasuh hidung secara menyedut sedikit air dalam hidung dan membuangnya.

Mengawal Paras Kolesterol

mengawal-kolesterolKolesterol ialah sejenis lemak di dalam setiap sel badan yang diperlukan untuk menghasilkan hormon steroid, vitamin D dan membantu dalam penghadaman makanan. Tubuh kita mampu menghasilkan kolesterol di dalam hati dan ia juga datang dari makanan.

Kolesterol dibawa oleh darah dalam bentuk lipoprotein, iaitu kombinasi lemak dan protein. Terdapat dua jenis lipoprotein iaitu lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL dianggap kolesterol ‘jahat’ kerana kadar LDL tinggi boleh menyebabkan mendakan kolesterol di dalam saluran darah (aterosklerosis). Kolesterol HDL pula di panggil kolesterol ‘baik’ kerana berfungsi untuk membawa kolesterol kembali ke dalam hati.

Perunding Kardiologi Hospital Pakar KPJ Tawakkal Dr Shahrol Anuar Mohd Yasin berkata, masalah kolesterol tinggi berlaku apabila kandungan kolesterol di dalam darah meningkat melebihi paras normal. Keadaan ini lazimnya dikesan melalui ujian darah kerana masalah kolesterol tinggi tidak mempunyai tanda awal .

Katanya apabila paras kolesterol meningkat tinggi, ini boleh membawa kepada penyempitan pembuluh darah dan salah satu risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung serta strok.

“Matlamat rawatan masalah kolesterol tinggi ialah untuk mengurangkan paras LDL dan meninggikan tahap HDL di dalam badan. Strategi untuk mengawal paras kolesterol merangkumi pemakanan sihat, suplemen dan penggunaan ubat .

“Penjagaan makanan yang sihat mampu menolong mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan dan ini termasuk mengurangkan makanan berlemak, melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran selain menggunakan lemak tidak tepu seperti minyak zaitun dan bunga matahari serta mengurangkan penggunaan minyak tepu seperti minyak sapi, mentega dan kelapa sawit.

“Kajian juga membuktikan asid Omega-3 daripada ikan dapat mengurangkan paras trigliserid seterusnya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Pertubuhan Jantung Amerika mengesyorkan kita makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan khasiat Omega-3. Pilihan ikan laut dalam seperti salmon, tuna dan trout adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega-3 yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, niasin atau vitamin B3 adalah suplemen yang boleh membantu mengurangkan paras kolesterol, namun dua kajian terbaru menunjukkan niasin tidak mengurangkan kadar penyakit jantung malah mempunyai kesan sampingan yang agak tinggi. Berdasarkan kajian itu, tiada faedah menggunakan niasin dalam rawatan kolesterol tinggi.

6 Petua Elak Rambut Gugur !

Apakah petua elak rambut gugur?

rambut-gugur-wp

1. Elakkan kekerapan mewarnakan rambut

Sering terjadi bagi mereka diluar sana yang terlalu kerap mewarnakan rambut. Mewarnakan rambut dengan bahan pewarna yang mempunyai bahan yang tidak baik bakal merosakkan rambut dan rambut akan cepat gugur. Oleh itu, elakkan mewarnakan rambut anda dengan bahan-bahan yang bukan semulajadi.

2. Gunakan sikat yang bergigi jarang

Ya betul! Pastikan anda menyikat rambut dengan sikat yang bergigi jarang. Bagi rambut yang kerap bergumpal selepas mandi pastikan anda tidak menggunakan sikat yang bergigi rapat. Sikat yang bergigi rapat akan menarik rambut anda keluar dari liang-liang kepala.

3. Pastikan anda membasuh rambut 3 kali sehari

Untuk mengelakkan rambut sering gugur pastikan anda membasuh rambut 3 kali sehari. Membasuh rambut dengan kerap juga bakal melemahkan kulit kepala kita. Rambut juga akan mudah gugur apabila sering terkena air. Anda juga perlu pastikan shampoo yang digunakan sesuai untuk anda.

4. Minyak kelapa sesuai untuk rambut gugur

Minyak kelapa merupakan bahan yang sangat sesuai untuk menjaga kestabilan dan kekuatan rambut. Bagi yang mempunyai rambut yang tebal minyak kelapa sangat sesuai untuk anda. Khasiat minyak kelapa juga boleh memberikan warna rambut yang menarik seperti warna hitam yang berkilau. Jadi amalan menggunakan minyak kepala akan memberikan kesegaran kulit kepala anda.

5. Cuci rambut dengan air garam

Ini merupakan salah satu kaedah abgi mengekalkan kulit kepala yang sihat dan juga kuat. Garam akan menutup liang-liang kepala dan boleh mengelakkan keguguran. Anda boleh cuba untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat.

6. Pastikan anda meminum air putih secara berlebihan

Air putih mempunyai banyak khasiat dan kelebihannya. Jadi pastikan anda meminum air putih untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga kulit kepala anda.

Baca Lebih Banyak Info Kesihatan Disini

 

 

Punca Migrain

punca migrain dan penyakit berkaitan migrainMigrain mempunyai pengaruh genetik yang kuat. Hampir 70% pesakit migrain mempunyai saudara yang mengalami masalah yang sama. Jika seseorang itu mempunyai migrain berserta aura, saudaranya yang lain mempunyai 4 kali risiko untuk mendapat masalah migrain juga.

Ia masih tidak diketahui bagaimana genetik memainkan peranan penting dalam masalah migraine.

Beberapa perkara yang menyebabkan serangan migraine:

Perubahan hormon(sebagai contoh ketika datang haid)
Tekanan
Kekurangan tidur
Merokok
Bau yang kuat(Pewangi, bau busuk)
Mabuk laut
Makan tidak ikut masa
Beberapa jenis makanan yang dikatakan menyebabkan serangan migraine

Caffeine
Monosodium Glutamate(MSG)
Pemanis tiruan(Aspartame)
Makanan yang mempunyai tyramine(contoh keju yang lama)
Buah-buahan jenis citrus

Tetapi kajian dengan menggunakan sampel yang ramai menunjukkan tiada kaitan migrain dengan makanan-makanan tersebut. Oleh itu, dinasihatkan jika anda mengalami sakit tersebut lepas mengambil apa-apa jenis makanan, anda dinasihati untuk mengelakkan makanan tersebut. Tetapi jika makanan tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap anda, anda boleh mengambilnya seperti biasa.

Simptom Dan Tanda Tanda Migrain

Beberapa simptom migrain yang tipikal adalah:

Sakit bahagian kepala yang berdenyut-denyut. Ia menjadi lebih teruk apabila seseorang itu melakukan sebarang aktiviti lain
Ia melibatkan sebelah bahagian kepala sahaja, sama kiri ataupun kanan. Ia berlaku dibahagian dahi berdekatan dengan kawasan mata. Tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan kepala yang lain
Sakit tersebut mungkin boleh berlaku sehingga 3 hari
Mempunyai simptom rasa loya nda muntah-muntah
Selalunya pesakit sensitif terhadap cahaya dan bunyi yang kuat

Ada sesetengah pesakit yang mempunyai kelumpuhan tangan atau/dan kaki ketika mana migrain berlaku
Pesakit juga akan mempunyai beberapa tanda ketika diperiksa oleh doktor

Mata menjadi merah
Jantung berdenyut laju ataupun terlampau perlahan
Tekanan darah tinggi ataupun terlampau rendah
Sakit dibahagian tengkuk

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Migrain?

Bagaimana Mengatasi Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan Darah TinggiAPA itu darah tinggi? Tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau dikenali hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.

Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda.

Jika tekanan darah anda tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar. Jadi bagaimana cara mengatasi tekanan darah tinggi?

Jom ikut petua berikut:

1. Kurangkan pengambilan garam

Kurangkan gula dalam masakan dan elakkan menikmati makanan yang tinggi garam seperti ikan masin dan ikan jeruk

2. Minum rendaman air/teh bunga raya

Rebus bunga raya dan kayu manis selama 5 minit. Kemudian tambah madu atau limau untuk perasa, dan minum 2-3 kali sehari. Ia juga sesuai dijadikan teh ais semasa musim panas.

3) Minum air kelapa

Nikmati air kepala sebaik-baiknya dua kali sehari iaitu pagi dan malam

4) Ambil minyak ikan yang berkualiti

Minyak ikan kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung.

5) Herba hawthorn untuk jantung

Hawthorn adalah herba ruji untuk kesihatan jantung kerana kandungannya yang kaya dengan flavonoid, iaitu procyandins oligomerik (OPC) dan quercetin.

6) Ambil bawang putih.

Bawang putih berfungsi menangani pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi. Boleh nikmati bawang putih dalam bentuk kapsul.

7) Ambil tembikai di Pagi Hari

Minum jus tembikai ketika perut kosong pada waktu pagi

8) Teh Halia-Pelaga

Gabungan dua bahan ini bersama halia dan kayu manis dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung anda.

9) Pokok Cat’s Claw

Kajian mendapati pokok ini berpotensi mengembangkan saluran darah (dikenali sebagai vasodilatasi), ia juga boleh mengurangkan tekanan dengan melancarkan perjalanan darah.

10) Sirap Bluberi

Bluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Ia boleh dicampurkan dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung anda!

11) Senaman

Amalkan 30 minit senaman setiap hari, boleh dilakukan seperti menyental lantai atau apa-apa sahaja yang meningkatkan kadar jantung anda dan pernafasan anda.

Tip Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Cara Mengawal Diabetes

penyakit diabetes dan rawatan

Diabetes memberi kesan kepada tahap glukosa darah harian anda. Tahap glukosa darah yang berterusan tinggi akan merosakkan badan 
dan mengakibatkan komplikasi.

Mengekalkan glukosa darah anda pada paras normal dapat membantu mengelak atau melambatkan komplikasi.

Selain itu, anda boleh memantau tahap glukosa darah di rumah atau di tempat kerja dengan menggunakan glukometer mudah alih.

Pantau tahap glukosa darah mengikut nasihat doktor. Sese­tengah pakar diabetes mengesyorkan pemeriksaan sebelum makan, dua jam selepas makan, sebelum atau selepas senaman, sebelum 
tidur dan ketika berasa tidak sihat.

Pemeriksaan pada masa berlainan seperti ini memberi anda kefahaman bagaimana tahap glukosa darah anda terjejas oleh pengambilan makanan dan aktiviti fizikal.

Dengan itu, ia akan mem­bantu anda dan doktor mengu­rus diabetes dengan cara terbaik.

Dengan ujian glukosa darah berkala, anda dapat mengesan tahap glukosa darah rendah (hipoglikemia) terutama jika mengambil insulin.

Sentiasa rekodkan dan bincangkan hasil ujian itu dengan doktor.

Setiap tiga bulan atau lebih, doktor akan meminta supaya dilakukan ujian HbA1c bagi memeriksa kawalan diabetes anda dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu.

Umumnya, anda disaran mengekalkan kadar glukosa darah antara 4-6 mmol/l semasa berpuasa (semasa bangun pagi) dan 6-8 mmol/l dua jam selepas makan utama.

Anda juga harus berusaha untuk mendapatkan bacaan ujian HbA1c kurang daripada 7.0 peratus atau lebih baik lagi kurang daripada 6.5 peratus.

9 Tanda Awal dan Simptom Diabetes

5 Kebaikan Halia Yang Perlu Anda Tahu

Khasiat halia dan kelebihannya untuk kesihatanSetiap orang pasti mengimpikan wajah yang cantik serta badan yang sihat dan segar. Tahu tak, sebenarnya anda tidak perlu berbelanja banyak untuk menjadi cantik dan sihat. Apa kata anda cuba cara alami dengan menggunakan bahan yang anda boleh dapatkan di dapur sahaja. Bahan itu ialah halia.

Jadi, kami kongsikan Lima kebaikan halia untuk kecantikan dan kesihatan yang boleh anda cuba.

Mengubati Selsema

Jika anda mengalami tanda-tanda awal demam dan selsema, bolehlah gunakan halia sebagai “home remedy”. Apa yang anda boleh lakukan ialah mengunyah halia segar atau rendam halia yang telah dicincang ke dalam air panas dan minum dua hingga tiga kali sehari.

Mengurangkan Kesakitan

Tahukah anda, halia mempunyai enzim yang dapat membantu untuk mengawal kesakitan? Sangat bagus untuk sakit otot ketika bersukan atau ‘period pain’.

Selain itu, halia juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk melegakan sakit kepala. Caranya mudah sahaja, campur halia bersama minyak angin dan sapu ke tempat yang berkenaan untuk mengurangkan rasa sakit.

Menurunkan Berat Badan

Untuk anda yang sedang berdiet atau ingin mengurangkan pengambilan gula, halia boleh membantu untuk menjayakan misi itu. Anda boleh mengamalkan teh halia pada waktu pagi dan petang.

Halia boleh membantu untuk menghilangkan keinginan atau ‘craving’ terhadap gula. Selain itu, halia juga boleh membantu dalam proses pembakaran lemak dan meningkatkan metabolisma secara semula jadi.

Oleh sebab itulah halia sering digunakan dalam produk pelangsingan. Caranya, masukkan halia ke dalam teh atau rendam halia kedalam air panas dan campurkan sedikit madu. Minum setiap kali sebelum makan dan anda akan dapat merasai kebaikannya.

Kulit Mulus Dengan Halia

Inginkan kulit wajah yang bersih, bersinar-sinar dan awet muda? Anda boleh amalkan cara yang mudah ini. Hanya dengan menggunakan halia dan cuka dapat membantu menghilangkan kesan parut hitam di wajah dan menjadikan kulit lebih licin serta bebas cela.

Apa yang anda boleh lakukan ialah rendamkan hirisan halia ke dalam cuka dan simpan di dalam peti sejuk. Kemudian gosok muka anda menggunakan hirisan halia yang telah direndam tadi selama 10 minit. Selepas itu bersihkan muka dengan air bersih dan ketulan ais.

Hilangkan Bau Mulut dan Masalah Pernafasan

Satu lagi fakta yang menarik tentang halia ialah dapat membantu untuk menghilangkan masalah bau mulut. Bukan itu sahaja, halia juga dapat menguatkan gusi dan memberi nafas yang lebih segar.

Anda akan rasa yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Anda boleh cuba minum air rendaman halia untuk menghilangkan masalah tersebut.

Penyakit Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Cara Mudah Agar Kekal Sihat

sihat_wp1Semua orang sudah tentu ingin kekal sihat bertenaga dan mengharapkan diri dijauhkan daripada sakit. Bagi mereka yang ada duit lebih daripada mencukupi, duit itu disalurkan kepada pembelian ubat-ubatan dan juga pil pemakanan tambahan yang banyak dijual di farmasi.

Jika memang duit banyak, pembelian seperti itu tidak menjadi hal, walaupun ia sebenarnya kurang bijak.

Tetapi ada juga yang duit mereka, hanya sekadar cukup makan, masih nak beli suplemen sebegitu. Dan pembelian pil-pil seperti itu yang kebiasannya amat mahal, membuatkan kehidupan menjadi tertekan sebab tak cukup duit.

Jika anda setuju dengan pendapat saya tentang kekayaan, cara mudah untuk menjadi kaya adalah dengan mengurangkan keperluan. Salah satu dari cara nak kurangkan keperluan dalah dengan elakkan diri dari membeli pil-pil makanan tambahan.

Tambahan lagi keperluan seperti pil pemakanan tambahan lebih cenderung kepada rekaan dalam minda kita semata-mata. Semua itu adalah hasil dari terpengaruh dengan iklan yang sering merosakkan kehidupan yang sepatutnya boleh diringkaskan.

Sistem badan semulajadi kekal sihat

Sebenarnya sistem badan kita amat cemerlang untuk memulihkan kesihatan tubuh badan dengan sendiri. Ia boleh diperkuatkan lagi melalui perkara-perkara mudah, yang boleh kita amalkan.

Dan yang paling menggembirakan sekali adalah, hampir kesemua aktiviti itu dapat kita lakukan dengan mudah dan percuma. Jika ada daripada kalangan kita yang masih mahu memberikan berbagai alasan untuk mengelakkannya, tidak ada siapa lagi yang dapat membantu anda.

5 Cara Memastikan Tubuh Anda Sihat

Apa yang menyebabkan Stroke Haba?

gejala-stroke-habaMusim panas yang terik boleh menyebabkan strok haba walaupun pada orang yang sihat. Haba hanya sepertinya menghilangkan semua tenaga anda, menjadikan anda berasa lemah dan lesu.

Dehidrasi yang melampau boleh berlaku, dan strok haba boleh dengan mudah berkembang menjadi penyakit yang lebih lama daripada yang diperlukan.Sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang anda tahu mengalami stroke panas, gunakan ubat-ubatan yang disebut dalam artikel ini untuk melegakan.

Strok haba juga dipanggil sunstroke dan biasa berlaku pada musim panas. Adalah penting untuk memahami punca ini dan juga mengetahui cara mengenal pasti tanda-tanda dan gejala. Dengan cara ini anda boleh memilih ubat yang betul untuk rawatannya.

Apa yang menyebabkan Stroke Haba?

Cecair di dalam badan kita bertanggungjawab untuk mengekalkan suhu badan semasa keadaan cuaca panas. Tubuh berkeringat untuk melepaskan haba berlebihan dan menyejukkan ketika terdedah kepada panas untuk jangka waktu yang lebih lama.

Apabila badan kehilangan cecair yang mencukupi (penghidratan), anda akan mengalami dehidrasi dan strok haba. Keletihan haba ini dapat dengan mudah maju ke keadaan yang mengancam nyawa di mana suhu badan dapat meningkat hingga 105 derajat Fahrenheit dan menyebabkan kerosakan neurologis. A stroke haba boleh berlaku kerana dua sebab-

  • Penguatan badan dalam keadaan cuaca panas, sebagai contoh, bermain sukan dalam keadaan panas selama berjam-jam
  • Orang tua, kanak-kanak, dan orang yang mempunyai penyakit biasanya mempunyai masalah mengawal suhu badan mereka. Mereka mungkin mengalami strok haba pada pendedahan kepada suhu tinggi, walaupun tanpa sebarang aktiviti fizikal.

Strok haba boleh ditangani dengan mudah dengan memberi perhatian kepada gejala berikut.

Tanda & Gejala Stroke Haba

Beberapa tanda amaran menunjukkan permulaan strok haba. Ini adalah seperti yang diberikan di bawah:

  • Suhu badan tinggi (104 darjah Fahrenheit dan ke atas)
  • Pening dan muntah
  • Sakit kepala
  • Pening dan kelemahan
  • Kulit siram
  • Rapuh pernafasan dan peningkatan kadar jantung
  • Kekejangan otot dan kekejangan perut
  • Kurangnya peluh atau berpeluh berat

Angin stroke bermula selepas tanda-tanda amaran ini muncul dan gejala-gejala ini biasanya neurologi. Pesakit mungkin mengalami:

  • Irritability
  • Delusi dan halusinasi
  • Perubahan tingkah laku yang pelik
  • Kejang

Strok haba juga boleh menjadi koma. Oleh itu, tanda-tanda dan gejala-gejala ini tidak boleh diabaikan dan harus ditangani secepat mungkin.Berikut adalah ubat terbaik yang boleh anda gunakan untuk merawat strok haba dan mengurangkan tanda-tanda dan gejala.

gout

Pisang Untuk Gout : Rendah Purine, Tinggi Vitamin C

pisang-untuk-goutAsid nukleik – salah satu daripada bahan penting dalam tubuh kita – termasuk bahan yang dipanggil purine. Sisa purin adalah asid urik.

Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak asid urik dalam badan anda, ia boleh membentuk kristal yang menyebabkan keradangan dan kesakitan pada sendi anda. Gangguan metabolik ini dikenali sebagai gout .

Walaupun ada faktor lain yang menyumbang kepada gout, semakin tinggi kadar asid urik dalam tubuh anda, semakin besar kemungkinan keradangan gout, bengkak, dan rasa sakit.

Pisang Dan Gout

Mengubah diet anda dapat membantu menurunkan kadar asid urik. Makan diet rendah purin boleh menurunkan pengeluaran asid urik, yang akan mengurangkan serangan gout.

Pisang adalah makanan rendah kandungan purin. Ia juga tinggi Vitamin C. Pengambilan vitamin C lebih tinggi dikaitkan dengan risiko gout yang lebih rendah.

Sebiji pisang besar mengandungi 11.8 mg vitamin C. Jumlah vitamin C yang disyorkan untuk wanita dewasa adalah 75 mg dan lelaki dewasa adalah 90 mg. Sebiji pisang yang besar yang membekalkan kira-kira 16 peratus daripada vitamin C yang disyorkan untuk diet harian bagi wanita dan kira-kira 13 peratus untuk seorang lelaki.

Pisang rendah purin dan tinggi vitamin C, yang menjadikan ia makanan yang baik jika anda mempunyai gout.

Mengubah diet anda untuk memasukkan lebih banyak makanan purin, seperti pisang, dapat menurunkan jumlah asid urik dalam darah anda dan mengurangkan risiko serangan gout berulang. Walau bagaimanapun, anda masih perlu mengambil ubat untuk merawat gout anda.

Makanan lain yang rendah purine

Walaupun mengubah diet tidak menyembuhkan gout anda, ia boleh melambatkan proses kerosakan sendi dan menurunkan risiko serangan berulang dengan mengurangkan kadar asid urik dalam darah anda.

Sebagai tambahan kepada pisang, berikut adalah makanan purin yang lain untuk menambah makanan anda:

  • buah-buahan
  • beri hitam
  • sayur-sayuran (bayam dan asparagus – tidak meningkatkan risiko serangan gout atau gout)
  • kacang (termasuk mentega kacang)
  • produk susu rendah lemak / lemak tanpa lemak (susu, yogurt, keju)
  • telur
  • kentang
  • tauhu
  • pasta

Elakkan Makanan berikut

Makanan yang perlu dielakkan (hadkan kuantiti pengambilannya) jika anda mempunyai gout. Jika anda mempunyai gout, berikut adalah beberapa makanan perlu dielakkan:

  • minuman manis
  • makanan manis
  • sirap jagung fruktosa tinggi
  • daging merah (daging lembu dan kambing)
  • organ dan kelenjar daging (hati, roti manis, buah pinggang)
  • bacon
  • makanan laut

Berbincang kepada doktor tentang cara terbaik untuk mengawal gout dan mengurangkan risiko serangan gout.

Pemakanan Untuk Pesakit Gout

gout