Jangan remehkan sakit tonsil

sakit_tekakMENGALAMI sakit tekak ketika demam merupakan satu senario biasa yang sering dihidapi orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Keadaan ini sudah pasti memberi ketidakselesaan kerana selain berasa sakit di bahagian tekak, pesakit juga akan mengalami masalah untuk menelan.

Lazimnya, jika masalah ini berlaku adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.

Bagaimanapun menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa.

Ini kerana jelas beliau, apabila sampai tahap kritikal masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang.

“Lazimnya kanak-kanak yang mengalami demam, antara perkara pertama yang akan diperiksa oleh doktor ialah memastikan sama ada tonsil mereka membengkak ataupun tidak.

“Sekiranya tonsil membengkak doktor akan mengenalpasti adakah itu jangkitan kuman virus atau bakteria.

“Sekiranya bengkak tersebut disebabkan bakteria pesakit perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa maut,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Secara umumnya semua orang mempunyai tonsil yang merupakan bonjolan di tepi kiri dan kanan anak tekak.

Bonjolan ini tidak berbahaya kerana tonsil berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan badan daripada serangan kuman.

Begitupun kebanyakan kanak-kanak mempunyai tonsil yang lebih besar berbanding orang dewasa kerana tubuh baru mengenali kuman dan bakteria.

Bagaimanapun apabila meningkat dewasa bonjolan ini semakin mengecil dan fungsinya sebagai satu mekanisme pertahanan diri daripada kuman juga tidak penting lagi.

Tambah Dr. Samril lagi, walaupun pada dasarnya tonsil berperanan sebagai sistem pertahanan badan daripada serangan kuman, tetapi ia hanya berfungsi pada tahun pertama kelahiran.

Ini kerana jelas beliau selepas tahap tersebut, tonsil tidak lagi berfungsi dan sistem imuniti badan akan diambil alih oleh kelenjar limfa yang lain.

Jelas Dr. Samril, pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria.

Begitupun sekiranya hanya jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk.

Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Katanya, sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.

Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah.

Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.

Apabila ditanya mengenai pandangan ramai yang mengatakan pembuangan organ terbabit akan menjejaskan sistem pertahanan tubuh, katanya, ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang salah.

Yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.

 

  • TESTIMONI Pengguna tonsil

    TESTIMONI Pengguna tonsil … Rambut beruban | Rambut gugur | Resdung | Resdung kronik | Ruam lampin | Sakit kulit | Sembelit | Talesimi | Tiroid | Tonsil …
  • Radang tonsil perlu dibuang | Radang Tonsil

    Radang tonsil perlu dibuang SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan …
  • Apakah itu Tonsil?

    Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang …
  • Atasi Tonsil Bengkak 

    Tonsil dan keradangan tonsil : penyakit tonsil, keradangan tonsil atau masalah tonsilberlaku apabila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.

 

 

Cara atasi alahan

alahan_blogWanita hamil biasanya me­ngalami alahan dalam trimester pertama (tiga bulan pertama) dan sering dikaitkan dengan muntah, pening kepala dan perut berasa sebu serta tidak selesa.

Keadaan ini berlaku terutamanya ketika bangun tidur di mana seseorang wanita itu mungkin berasa pening dan loya. Namun ada juga wanita yang me­ngalami gejala ini sepanjang hari.

Namun, apabila kandungan memasuki trimester kedua (empat hing­ga enam bulan), alahan akan hilang secara beransur-ansur. Tetapi dalam kes yang teruk, ada wanita terpaksa bertahan dengan masalah alahan ini sepanjang kehamilan sehinggalah dia melahirkan anak.

Alahan ketika me­ngandung ini membuat­kan ramai wanita terpaksa menukar perancangan harian supaya masalah itu tidak menjejaskan rutin atau tugas mereka. Keadaan alahan setiap wanita tidak sama, kerana ada yang diduga dengan alahan teruk sehingga terpaksa mengambil cuti dan berehat secukupnya.

Sebenarnya alahan untuk jangka masa pendek adalah perkara biasa dan ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu mahupun anak dalam kandungan. Namun jika ia berlarutan sehingga muntah setiap kali makan, bayi berkemungkinan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan si ibu juga boleh terjejas.

Jika ini berlaku, si ibu akan mengalami masalah kekurangan air dalam badan. Antara gejala yang boleh dilihat ialah pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Segeralah dapatkan rawatan sekiranya perkara ini berlaku pada anda.

  • Alahan terhadap makanan

    Alahan terhadap makanan PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek allon argon yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap …
  • Memahami alahan | Alahan

    Ini seterusnya mencetuskan alahan di kalangan individu tanpa sejarah keluarga, mahupun mendorong permulaannya (alahan) pada mereka yang sedia …
  • Pencetus alahan

    Pencetus alahan Alahan adalah satu tindak balas terlalu sensitif disebabkan oleh satu atau lebih bahan dalam persekitaran (debunga, habuk, makanan) yang …
  • Alahan Bawa Maut

    Gejala alahan bukan hanya dicetuskan oleh makanan kerana banyak benda lain boleh menyebabkan masalah ini. Selain makanan, ada orang alah pada …
  • Alahan bahaya jika dibiarkan tanpa rawatan

    … perubahan aktiviti. Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen.
  • [ #Alahan teruk ] Alahan

    Alahan teruk ] Alahan dalam bahasa Inggerisnya, #allergy bermaksud perubahan aktiviti. Terjadinya alahan kerana tindak balas #hipersensitif yang…
    baner-testimoni

Usah pandang ringan bahaya kencing manis

kencing_manis_blogDengan bilangan yang besar itu, menteri itu menyatakan mungkin mereka tidak sedar masalah jangka panjang seperti kerosakan organ dalaman, termasuk buah pinggang akibat menghidap kencing manis.

Peringatan itu tidak boleh dipandang mudah kerana kita mungkin juga termasuk di dalam bilangan penghidap kencing manis yang gagal dikesan itu. Kencing manis bukan saja boleh merosakkan buah pinggang, tetapi juga menjejaskan perjalanan darah hingga menyebabkan serangan jantung.

Baru-baru ini penulis melawat seorang pesakit yang menghidap kencing manis di sebuah hospital kerajaan. Penyakit itu menyebabkan kedua-dua kakinya mengalami masalah akibat daripada luka yang kecil.

Selalunya apabila kaki sudah rosak disebabkan kencing manis, ia akan dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak ke bahagian lain.

Penulis percaya doktor tiada pilihan kecuali ujian mendapati kaki yang rosak itu boleh diselamatkan melalui kaedah perubatan tertentu.

Ternyata kunjungan ke hospital boleh menyedarkan orang ramai betapa pentingnya kita perlu menjaga kesihatan, lebih-lebih lagi apabila usia sudah melebihi 40 tahun.

Menariknya sekitar hospital itu dipaparkan pelbagai peringatan untuk pelawat dan pesakit, termasuk di pintu lif. Paparan itu sudah tentu dibaca orang ramai yang menunggu lif.

Satu daripada paparan itu menyebut amalkan minum air kosong berbanding minuman manis seperti berkarbonat, air sirap dan kordial.

Seterusnya ia menyatakan air kosong tiada kalori manakala satu air kotak mengandungi 114 kalori dan enam sudu teh gula, satu gelas air sirap (140 kalori dan lapan sudu teh gula), satu tin air berkarbonat (146 kalori dan lapan sudu teh gula) dan satu gelas teh tarik (159 kalori dan sembilan sudu teh gula).

Bayangkan jika kita minum dua atau tiga gelas teh tarik setiap hari, berapa banyak kita memasukkan gula ke badan dalam seminggu, sebulan dan setahun.

Hospital itu juga mengajak orang ramai naik tangga untuk ke tingkat atas bangunan lapan tingkat itu. Dalam program Jom Naik Tangga setiap hari, ia mampu membakar hampir lima kali ganda kalori kita berbanding menggunakan lif.

Berjalan 10,000 langkah setiap hari pula sama dengan berenang selama 90 minit, berbasikal selama 70 minit, perjalanan sejauh enam hingga lapan kilometer dan bermain bola sepak selama 90 minit.

Itulah sebahagian maklumat yang penulis ingin kongsikan bagi mengingatkan diri kita sendiri.

‘Doktor tiada tauliah’

Cuma apa yang dikesalkan di hospital kerajaan seperti ini, ramai ‘doktor tidak bertauliah’ berkeliaran mencari pesakit dan keluarga mereka untuk membuat duit.

Individu ini akan mengenal pasti pesakit, terutama penghidap kencing manis untuk ditawarkan ubat tradisional yang didakwa boleh merawat kaki yang rosak atau mengurangkan kadar gula dalam badan.

Mereka ini memang bijak berkata-kata hingga dapat menjual ubat ini kepada pesakit dengan harga puluhan ringgit. Berkesan atau tidak penulis tidaklah tahu.

Pengurusan hospital mungkin sukar mengesan mereka kerana berlagak sebahagian daripada pelawat yang menziarahi saudara-mara di wad.

baner-testimoni

Kelenjar Tiroid dan Hormon Tiroksin

tiroid_a_jun14Kelenjar tiroid merupakan kelenjar yang terletak di bahagian bawah leher, iaitu di antara kulit dan peti suara. Kelenjar ini merupakan organ penting yang mengawal metabolisme dan bertanggungjawab terhadap fungsi normal setiap sel badan. Kelenjar tiroid menhhasilkan sejenis hormone yang dikenali sebagai tiroksina (T4) dan triiodotironina (T3) yang dirembeskan ke dalam aliran darah.

Iodine merupakan juzuk penting dalam kedua-dua hormone ini dimana T4 mempunyai empat atom iodine dalam setiap molekulnya manakal T3 mengandungi tiga atom iodine padanya. T4 akan mula menjadi aktif apabila ia melepaskan satu atom iodine yang ada padanya dan menjadi T3. Proses ini biasanya berlaku dalam hati.

Bagi individu yang sihat, jumlah T3 dan T4 dalam darah dikekalkan pada tahap tertantu oleh hormone yang dikenal sebagai hormone perangsang tiroid atau Tiroid Stimulating Hormone (TSH). Hormon TSH dirembeskan oleh kelenjar pituitary anterior yang terletak betul-betul di belakang mata serta terlindung dalam lekukan bertulang dalam tulang pangkal tengkorak. Hormon ini akan mengawal penghasilan T3 dan T4 oleh kelenjar tiroid melalui proses ‘suap balik negatif’. Jika hormon tiroksina dalam darah meningkat, TSH akan dihentikan untuk menghentikan penghasilan hormon tiroksina oleh kelenjar tiroid dan jika hormon tiroksina kurang dalam darah, TSH akan dirembeskan untuk merangsang penghasilan hormon.

Jika anda mengalami keadaan kelenjar tiroid lampau aktif (hipertiroidisme), paras hormone T3 dan T4 akan menjadi tinggi dan paras TSH akan menjadi rendah. Jika nada mengalami keadaan kelenjar tiroid kurang aktif (hipotiroidisme) hormone T3 dan T4 akan menjadi rendah dan paras TSH akan menjadi tinggi.

Gangguan tiroid merupakan perkara biasa. Keadaan hipertiroidisme, hipotiroidisme, pertumbuhan tidak normal atau pembesaran kelenjar (goiter atau nodul tiroid) dialami oleh kira-kira seorang dalam 20 orang. Kebanyakan penyakit tiroid berjaya dirawat sepenuhnya dan kanser tiroid sekali pun, walau jarang berlaku tidak akan mengurangkan jangka hayat seseorang jika dikesan pada peringkat awal dan dirawat dengan sewajarnya.

Gangguan hormon punca tiroid

Bahana kolesterol tinggi

makanan-sihatKolesterol oh kolesterol. Adakah anda bergelut menghadapi masalah kolesterol tinggi dan mencari pilihan makanan lebih baik, berkualiti dan berpotensi boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol itu?

Kali ini, kita akan membincangkan pemakanan sihat yang dapat membantu mengurangkan kolesterol anda. Seperti diketahui umum, mempunyai kolesterol pada paras tinggi membahayakan nyawa kerana antara lain, ia boleh mengakibatkan serangan sakit jantung.
Matlamat utama anda haruslah memberi tumpuan kepada pilihan diet dengan mengambil makanan seperti gandum, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat dan anti-oksidan.

Selain itu, jangan lupa ambil jenis makanan yang dimasak bersama mi­nyak zaitun kerana ia boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.

Berikut pecahan pilihan makanan yang baik untuk mengurangkan paras kolesterol:

Pilih makanan berserat dan bijirin kerana ia penting untuk membantu anda mengurangkan kolesterol tidak baik atau LDL.

Ia boleh diibaratkan seperti span yang menyerap air kotor kemudian apabila diperah ia menjadi bahan sisa buangan.

Pengambilan makanan yang dicadangkan adalah anggaran 15 gram (g) hingga 20g serat larut setiap hari untuk menolong mengurangkan tahap LDL.

Serat larut terdapat dalam pisang, kacang hijau, barli, epal, prun dan pear. Oat mengandungi beta glukan yang membantu untuk mengeluarkan kolesterol jahat.

Jika pengambilan serat harian anda teratur dan baik, sekurang-kurangnya anda akan ke tandas dua kali sehari. Untuk hasil lebih baik, jadikan oat sebagai hidangan sarapan setiap hari.

Paras kolesterol boleh diturunkan dengan meminum dua gelas susu bersama oat dengan kuantiti sebanyak tiga sudu makan.

Amalkan makan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan kerana ia mengandungi vitamin A, C dan E.

Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan sitrus yang masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi bagi membantu mencegah peningkatan kolesterol dalam saluran darah.

Vitamin A dan E pula boleh ditemui pada buah-buahan berwarna dan sayuran seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu, kentang, avokado, betik dan aprikot.

Amalkan memakan kekacang, badam, pistachio dan protein. Kajian menunjukkan kacang mampu menurunkan paras kolesterol darah. Ini kerana ia mengandungi asid serat dan lemak yang tidak tepu serta dapat membantu menyihatkan dinding saluran darah.

Kajian juga menunjukkan, penggunaan kacang pistachio pada kadar 40 hingga 50g cukup untuk memberi manfaat kepada hati tetapi perlu berwaspada kerana kekacang berkalori tinggi. Justeru, pastikan pengambilannya terkawal dan seimbang.

Bagaimana pula dengan protein? Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30g setiap hari juga boleh membantu mengurangkan paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempe.

Akhir sekali, amalkan makan ikan dan asid lemak poli tidak tepu omega-3.  Ia terkandung dalam ikan dan menjadi makanan tambahan popular dalam bidang farmaseutikal di Malaysia serta seluruh dunia.

Omega-3 membantu dalam merendahkan tekanan darah, mengurangkan risiko pembekuan darah dan membantu menurunkan paras kolesterol dalam badan.

rawatan dan sihat tanpa ubat

Bahaya berdengkur

berdengkurAdakah anda ataupun pasangan anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam? Keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas.

Tambahan, situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat dan adakalanya membingitkan telinga yang mendengar.

Lantaran itu, kesan tidur yang terganggu pada malam hari menyebabkan sebahagian rutin harian anda di siang hari terjejas akibat rasa mengantuk yang tidak dapat dikawal, malahan paling bahaya sekiranya anda tertidur semasa memandu.

Jika anda sedang mengalami situasi seperti di atas kemungkinan anda mengalami Obstructive Sleep Apne (OSA).

Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya.

Menurut Profesor Perubatan dari Fakulti Perubatan, Universiti Colorado Denver, Amerika Syarikat, Dr. Teofilo L.Lee-Chiong Jr. , OSA berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat.

“Dianggarkan di Malaysia, sebanyak tiga juta orang mungkin menghidap masalah dengkuran tetapi kebanyakan mereka tidak menyedari masalah ini.Walaupun dianggap perkara lumrah terutama dalam kalangan lelaki dengan purata seorang daripada enam orang menghidapnya, tetapi masalah itu tidak seharusnya dipandang ringan oleh wanita kerana mereka juga terdedah dengan perkara ini.

“Dianggarkan seorang daripada sepuluh orang wanita menghadapi masalah ini dan kebanyakan daripada mereka berada dalam lingkungan umur pertengahan.

“Jika berlarutan tanpa mendapatkan rawatan yang selanjutnya mereka terdedah kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti tekanan, sakit jantung, strok, kegagalan fungsi jantung dan kemurungan,” katanya

Dr. Chiong Jr. menambah, individu yang mempunyai sejarah keluarga menghidap OSA sama ada ibu atau ayah lebih berisiko mempunyai penyakit ini apabila mereka mencapai usia pertengahan.

Individu tersebut apabila lebih berusia risiko mendapat OSA lebih tinggi juga sekiranya mempunyai sejarah keluarga yang menghidap OSA, mempunyai masalah berat badan berlebihan dan mengambil alkohol.

Mereka yang mempunyai masalah tisu berlebihan di anak tengkak dan kesan pengambilan ubat yang membuatkan seseorang tertidur dan mengalami darah tinggi juga perlu lebih berhati-hati.

“Individu yang muda dan sihat tidak bermakna selamat dan tidak terdedah dengan OSA kerana penyakit ini menyerang secara senyap.” jelasnya.

Ujar Dr. Chiong Jr., beliau menyarankan individu yang mempunyai simptom seperti berdengkur dengan ritma yang kuat, sakit kepala terutama waktu pagi, berasa tidak selesa kerana tidak dapat memberikan tumpuan kepada kerja dan mengalami gangguan dan tekanan perasaan digalakkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera.

Antara rawatan yang berkesan membantu individu mengurangkan masalah dengkuran adalah melalui rawatan Continouse Positive Airway Pressure (CPAP) dan juga melakukan pembedahan dengan doktor yang selayaknya.

Dr. Chiong Jr. juga menerangkan, kualiti tidur setiap hari sangat penting bagi seseorang individu kerana waktu tidur yang baik akan memudahkan rutin harian di siang hari.

“Tidur yang baik akan mempengaruhi kesan kepada kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang termasuk dalam aspek pertumbuhan sel badan, metabolisme, keseimbangan tenaga dalam badan, fungsi sistem imun dan juga proses perkembangan serta pembelajaran minda.

“Malangnya, sebahagian masyarakat Malaysia tidak menghargai waktu tidur mereka di malam hari. Sebaliknya masa emas itu mereka lebih gemar gunakannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen sehingga lewat malam, melayari internet dan berjumpa dengan rakan-rakan untuk berkongsi cerita.

“Kajian yang dilakukan juga menunjukkan sejak 40 tahun lalu masyarakat di dunia telah mengalami perubahan dari segi waktu tidur yang semakin berkurangan dari satu hingga dua jam. Daripada jumlah tersebut juga sebanyak satu pertiga daripada orang dewasa mempunyai waktu tidur yang tidak baik iaitu kurang daripada enam hingga tujuh jam,” katanya.

Tambahnya, individu yang dikesan kurang waktu tidur dan dalam masa yang sama mempunyai masalah OSA berhadapan dengan impak yang bahaya kepada diri dan masyarakat.

Jelas Dr. Chiong Jr., kesan gangguan tidur yang jika tidak mendapatkan rawatan pada peringkat awal akan menyebabkan berlaku insiden yang membahayakan keselamatan diri dan menyebabkan antaranya meningkatkan 10 peratus kemalangan melibatkan motosikal, lebih 50 peratus terlibat dengan kemalangan di tempat kerja, dan 20 peratus juruterbang melakukan kesalahan serius melibatkan pesawat kerana tertidur.

“Mereka yang mengalami gangguan tidur ini juga adalah dalam kalangan pekerja yang bekerja secara shif, gemar menonton television sehingga lewat malam, kesan pengambilan ubat-ubatan dan masalah ketagihan ubatan,” jelasnya.

 

 rawatan dan sihat tanpa ubat

Lima langkah kurangkan berat badan

kuruskan_badan_myinfoKINI, ramai wanita khususnya mula menitikberatkan mengenai masalah berat badan. Masing-masing semakin ghairah mencari penyelesaian terbaik bagi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.
Selain mengambil suplemen untuk kurus, segelintir wanita cenderung memilih rejim diet yang ketat dan melakukan senaman bagi membakar lemak yang menghuni dalam badan mereka.
Namun, tidak semua cara tersebut sesuai dengan semua orang.
Sungguhpun begitu, anda boleh mencuba lima langkah yang membantu mengurangkan berat badan.

Langkah 1

Strategi paling asas penurunan berat badan yang popular adalah membakar lebih banyak kalori daripada apa yang anda ambil.
Ia tidak sukar untuk dilakukan. Anda perlu belajar mengubah suai diet dengan mengurangkan makanan tinggi lemak serta melakukan senaman ringkas selama 20 minit sebanyak tiga kali seminggu.

Langkah 2

Menyertai pusat gimnasium yang menawarkan alat senaman yang bagus dan jurulatih bertauliah. Bersenam secara sistematik dan mengikut keupayaan tubuh membantu melancarkan proses penurunan berat badan.
SENAMAN ringkas selama 20 minit sebanyak tiga kali seminggu membantu mengurangkan berat badan seseorang.
Aerobik salah satu bentuk senaman ideal yang boleh dimasukkan dalam pelan senaman selain daripada sesi latihan angkat berat atau latihan rintangan. Sesi senaman tersebut membantu pembentukan tubuh dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri.

Langkah 3

Seperti yang kita sedia maklum sesi konsultasi bersama pakar pemakanan kadangkala memerlukan individu membelanjakan sejumlah wang yang tinggi. Namun usah berputus asa kerana anda masih berpeluang menurunkan berat badan dengan ilmu dan tip diet secara percuma. Caranya, banyakkan membaca info mengenai corak pemakanan seimbang menerusi blog dan laman web pakar pemakanan tempatan mahupun luar negara.
Sungguhpun begitu, ramai yang mengalah kerana bosan dengan kepelbagaian menu dalam pola diet tersebut. Sewajarnya, anda perlu kreatif dan bijak mengubah menu pemakanan asalkan ia seimbang, rendah kalori dan rendah lemak.

Langkah 4

Cari pasangan untuk melakukan senaman. Jika anda dan rakan mempunyai waktu terluang pada hari yang sama pilihlah untuk bersenam, berjoging ataupun berenang bersama-sama.
LATIHAN angkat berat salah satu cara untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Bersenam bersama teman lebih menyeronokkan berbanding bersenam seorang diri. Ia membantu menangkis rasa malas dan bosan sebaliknya ia membantu menyuntik motivasi untuk anda terus bersenam sebaik mungkin.

Langkah 5

Kebanyakan pengamal perubatan menasihatkan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Kaedah tersebut merupakan cara yang terbaik kerana apabila menikmati makanan yang sedikit tetapi kerap memudahkan badan menyerap lebih banyak nutrien yang terdapat dalam makanan.
Walau bagaimanapun, proses penurunan berat badan bergantung kepada usaha, kegigihan dan tahap disiplin seseorang itu. Kombinasi senaman secara sistematik, pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat membantu melancarkan proses penurunan berat badan dan memberikan hasil yang mengagumkan.
Sakit Tekak

Bukan sekadar sakit tekak

sakit_tekakSAKIT tekak ketika demam sering dialami golongan dewasa dan kanak-kanak yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menelan makanan.

Situasi tersebut juga mengakibatkan tubuh seseorang itu berasa tidak selesa.

Sama seperti yang dialami oleh Hisham (bukan nama sebenar), dia berasa sakit sejak beberapa hari lalu.

Sakit yang ditanggung itu menyebabkan Hisham yang merupakan pengurus sebuah syarikat swasta tidak menjamah nasi atau makanan pepejal.

Hanya air dan bubur menjadi pengalas perutnya. Setiap kali menjamah makanan pepejal, anak tekaknya terasa pedih seolah-olah dicucuk jarum.

Dia akhirnya menemui seorang doktor di sebuah klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad memberitahu, sakit tekak merupakan simptom yang biasa berlaku.

Puncanya adalah kerana radang pada bahagian tonsil iaitu kelenjar limfoid yang terdapat di kanan dan kiri tekak, kerongkong serta larinks (saluran pernafasan yang mengandungi peti suara).

Jangkitan

Sakit tekak juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit tonsilitis iaitu radang pada tonsil.

Tonsilitis berpunca daripada keradangan pada kelenjar tonsil.

Tonsil merujuk kepada sejenis kelenjar limfoid yang berfungsi sebagai pelindung saluran pernafasan daripada dijangkiti kuman terutamanya kanak-kanak apabila sistem imuniti badannya belum terbentuk dan matang sepenuhnya.

“Namun, tisu tonsil itu sendiri tidak terkecuali dijangkiti dan mengalami keradangan berpunca akibat jangkitan bakteria atau virus,” katanya.

Irfan memberitahu, satu episod jangkitan dikenali sebagai tonsilitis akut dan tonsilitis berulang akan berlaku.

“Jangkitan itu menyebabkan tonsil luka dan bengkak di bahagian leher,” katanya.

Dia berkata, sakit tekak juga menyebabkan berlakunya penyakit abses peritonsil.

“Abses perintosil pula adalah jangkitan di kawasan sekitar tonsil yang mengakibatkan pengumpulan nanah membuatkan penghidapnya sukar untuk makan, bertutur serta membuka mulut,” katanya.

Lelaki ini menambah, semua penyakit itu disebabkan oleh kuman, virus dan bakteria.

Faktor penyakit keturunan dan penyakit berjangkit tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penyakit itu.

Irfan menjelaskan, tonsilitis sering menjangkiti kanak-kanak. Abes perintosil pula banyak dihidapi golongan dewasa.

SAKIT tekak boleh membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa. – Gambar hiasan

Sawan

“Kedudukan tonsilitis di kawasan saluran pemakanan dan pernafasan disertai demam boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat melakukan tugasan seharian di sekolah dan tempat kerja.

“Bagi tonsilitis akut pula, kelenjar tonsil akan semakin membesar sehingga menyebabkan saluran pernafasan terganggu,

“Kanak-kanak mungkin tidak ingin makan kerana aktiviti menelan akan menyebabkan kesakitan kerana ketulan makanan bergeser dengan tisu tonsil yang mengalami keradangan,” kata Irfan.

Namun, tonsilitis juga boleh memengundang bahaya kepada kanak-kanak.

“Jika mendapat tonsilitis, kanak-kanak biasanya akan menghadapi kesan yang lebih ketara berbanding golongan dewasa.

“Ia adalah kerana diameter saluran tekak mereka lebih kecil. Bagi kanak-kanak kecil, mereka hanya akan menangis,” katanya.

Ada juga kanak-kanak yang mendapat sawan kerana suhu badan yang tinggi.

Penyakit itu juga menyebabkan nafas berbau.

“Keadaan tersebut menyebabkan seseorang itu tidak berasa selesa.

“Seseorang yang menghidap penyakit itu juga malu dengan penampilan mereka.

“Namun, sekiranya mereka berjumpa dengan doktor lebih awal, keadaan seperti itu boleh dielakkan,” katanya.

Menurut Dr. Irfan, penyakit itu jarang membawa maut.

Dia berkata, seseorang pesakit itu akan segera berjumpa dengan doktor selepas berasa sakit tekak.

“Dalam kes-kes tertentu, pesakit perlu dimasukkan ke dalam wad untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Penyakit itu berlaku di seluruh dunia termasuk di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat (AS).

Jelas Irfan, tonsilitis boleh sembuh dengan pemberian antibiotik dalam tempoh seminggu.

“Bagi abses peritonsil, sebaik sahaja abses (nanah) dialirkan keluar, penghidap akan terus sembuh.

“Dalam kes jangkitan berulang, tonsilitis atau abses peritonsil, pembedahan akan dilakukan untuk membuang tonsil.

“Prosedur pembedahan ringkas mengambil masa tidak sampai satu jam.

“Pada kebiasaannya, pesakit akan dibenarkan pulang pada keesokan hari selepas pembedahan tersebut dilakukan,” kata Irfan.

Sakit Tekak

 

Psoriasis tidak berjangkit

psoriasis

PENYAKIT psoriasis adalah penyakit yang kronik, tidak berjangkit dan mempunyai ciri-ciri seperti tompok yang merah, tebal dan bersisik.

Psoriasis melibatkan antara dua hingga tiga peratus penduduk di Malaysia. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga warga emas.

Bagaimanapun, lebih banyak kes berlaku di kalangan mereka yang berumur antara 20 hingga 30 tahun, atau 60 tahun ke atas.

Psoriasis boleh diwarisi melalui faktor genetik secara ‘polygenic’ atau autosomal dorminant with incomplete penetrance dan di HLA-C kromosom 6.

Faktor merangsang psoriasis

* Cahaya matahari

– Cahaya matahari merangsang 10 peratus daripada pesakit psoriasis walaupun sebahagian besar keadaan pesakit menjadi lebih baik dengan pendedahan cahaya matahari.

* Ubat-ubatan

– Ubat seperti beta blockers untuk rawatan darah tinggi dan sakit jantung, lithium untuk sakit psikiatri dan ubat untuk rawatan malaria juga boleh merangsang psoriasis.

* Jangkitan kuman

– Jangkitan seperti jangkitan sakit tekak oleh bakteria Streptococcus juga boleh merangsang ‘guttate psoriasis’.

* Fenomena ‘koebner’

– Trauma pada epidermis dan dermis seperti kesan garu, luka atau pembedahan akan menyebabkan psoriasis tumbuh di tempat tersebut. Fenomena ini dikenali sebagai fenomena ‘koebner’.

Proses pembentukan psoriasis

Psoriasis boleh berlaku atau terbentuk di mana-mana bahagian kulit, dari kulit kepala hingga ke hujung kaki termasuk bahagian kuku.

Penyakit ini terjadi disebabkan abnormaliti pada sistem imuniti, atau lebih khusus pada sel limfosit T dari kumpulan sel darah putih.

Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hari sebelum sel mati itu tertanggal daripada badan.

Dalam kes psoriasis, kecelaruan sistem imuniti badan akan mempercepatkan proses kitaran kulit kepada empat hari sahaja.

Ini menyebabkan sel kulit membahagi dengan cepat (secara berlebihan atau dipanggil proliferasi) iaitu 20 kali ganda dari kadar biasa.

Pada peringkat awal, psoriasis timbul dalam bentuk bintik kecil merah dan kemudian menjadi tompok merah.

Tompok merah ini kemudiannya menebal dan mengeras. Lapisan keras berkenaan seterusnya akan menjadi sel-sel mati berwarna perak (silvery scales).

Kepingan ini amat mudah dikopek, meninggalkan permukaan yang berdarah. Tompok-tompok ini juga berasa panas dan seperti terbakar.

Tahap penyakit

Tahap serangan psoriasis ditentukan berdasarkan keadaan fizikal dan keluasan kulit yang terlibat.

* Tahap ringan (mild)

– Serangan psoriasis yang melibatkan kurang daripada dua peratus permukaan kulit.

* Sederhana (moderate)

– Serangan yang melibatkan tiga hingga 10 peratus permukaan kulit.

l Teruk (severe)

Jika lebih 10 peratus bahagian kulit terlibat.

Kesan psoriasis

* Kesan psikologi

Pesakit psoriasis berasa malu dan tertekan dengan keadaan kulit bersisik dan merah terutamanya jika sisik-sisik psoriasis jatuh bertaburan di baju, tilam dan lantai.

Masyarakat yang tidak memahami penyakit ini akan menjauhi diri dari pesakit menjadikan pesakit terasing dan murung.

Ini mungkin kerana mereka tersalah sangka penyakit ini boleh berjangkit atau tidak selesa dengan keadaan kulit pesakit yang sedikit berbeza.

* Artritis

Pesakit psoriasis boleh juga mendapat masalah artritis yang disebabkan oleh psoriasis yang dinamakan psoriatic arthropathy.

Ia berlaku kepada lima peratus pesakit psoriasis. Jari tangan, kaki dan sendi-sendi seperti siku, lengan, bahu, lutut, buku lali dan punggung juga boleh menjadi sakit dan bengkak.

Rawatan

Banyak kaedah boleh digunakan untuk merawat psoriasis antaranya ubat sapu, ubat makan dan fototerapi.

Di antara ubat sapu yang digunakan untuk merawat pesakit adalah seperti kortikosteroid, vitamin D3, antralin, terapi dan tar arang.

Ubat makan pula adalah seperti retinoid, methotrexate, ciclosporin, hydroxyurea sementara fototerapi adalah rawatan yang menggunakan terapi sinar UVA atau UVB. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada ubat dapat menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini.