Blog Archives

7 Tip Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi

tekanan_darah_250319cSetelah menjadi SAHM (stay at home mom) selama 4 tahun, saya bekerja semula. Dapat ofis yang dekat dengan sekolah anak dan menepati kebanyakan ciri-ciri yang saya idamkan. Baru beberapa hari bekerja, saya dikejutkan dengan arahan untuk buat on-job-training di PJ selama beberapa minggu.

Punyalah tension waktu tu sebab memikirkan tentang suami dan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan lama. Tekanan darah terus naik hingga 130/100 – waktu sedang buat medical check-up company pula tu! Doktor bagi rehat 20 minit, kemudian periksa semula – 138/100! Seumur hidup tak pernah jadi begitu, waktu mengandung dulu pun steady 110/70 atau 120/80. Esoknya periksa semula (free check-up di farmasi), 153/102! Bertambah teruk pula….

Saya pun buat kajian tentang cara menurunkan tekanan darah dengan segera sebab mahu lulus medical check-up syarikat. Risau nanti diputuskan tidak layak untuk kerja. Alhamdulillah, setelah berusaha selama 3 hari, tekanan darah turun ke 120/78.

Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut.

Beberapa bulan kemudian, tekanan darah meningkat semula ke 152/88! Faktor stres di tempat kerja, umur yang meningkat, keluarga pun ramai yang kena high-blood, dan suka pula makan Mr Potato dan Pringles – semuanya boleh menjadi penyumbang kepada tekanan darah tinggi.

Saya baca balik nota lama, amalkan semua dan selepas 4 hari, tekanan darah kembali normal 112/82, Alhamdulillah. Oleh kerana terbukti berkesan, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian 7 tips yang saya amalkan untuk menurunkan tekanan darah, semoga bermanfaat.

1. AIR

Seperti biasa, sama ada sedang sakit atau sihat, air amat penting untuk tubuh badan. Mesti banyak minum air, sekurang-kurangya 8 gelas sehari. Setiap hari, saya minum sekurang-kurangnya 2 gelas air suam sejurus bangun pagi dan sekurang-kurangnya 1 gelas air sebelum tidur. Untuk menjadikan air lebih berzat, saya tambah hirisan timun atau lemon.

2. APPLE CIDER VINEGAR

Apple Cider Vinegar atau cuka epal cider memanglah tidak sedap diminum. 1 sudu makan ACV dicampur dengan segelas air, tetap tidak melarutkan rasa masam ACV. Tapi demi kesihatan, saya telan sahaja. Saya tambah sesudu besar ACV dalam gelas air kedua yang diminum sejurus bangun pagi, setiap hari. Menurut pendapat pakar, ACV juga bermanfaat untuk pesakit diabetes.

3. OREN

Yang ni tips dari doktor tapi beliau tidak terangkan berapa biji kena makan setiap hari. Saya makan sebiji oren sebelum sarapan (selepas minum air suam dan ACV) dan sebiji lagi sama ada sebelum makan tengahari atau makan malam. Kadang-kala makan 3 biji oren sehari sehingga tekanan darah ok. Selepas tekanan darah kembali normal, saya makan 2 atau 3 biji sahaja seminggu.

4. PEMAKANAN/DIET

Diet bukan bermaksud tidak makan, ia bermaksud merancang pemakanan. Cuba kurangkan karbohidrat (setengah cawan), lebihkan sayuran dan buah-buahan (sekurang-kurangnya 2 kali ganda dari nasi), elakkan garam dan kafein. Mungkin kurang lazat, tetapi kesihatan mesti diutamakan – asal jangan sampai kebuluran. Kurangkan makan makanan berlemak atau makanan kedai. Kalau teringin sangat, kongsi dengan kawan atau keluarga – kurangkan portion.

Food court favourite saya adalah yang menyediakan pelbagai juadah sayuran. Aiskrim, cendol, gulai, lamb chop dan sebagainya saya hadkan kepada beberapa bulan sekali. Makan Mr Potato/Pringles cuma dua atau 3 minggu sekali. Kopi pula saya hadkan kepada 3 atau 4 cawan seminggu. Semasa dalam proses menurunkan tekanan darah, Mr Potato/Pringles dan kopi saya tak sentuh langsung.

5. TIDUR

Tidur lebih 7 jam sehari.

Yang ini memang payah sikit – tapi demi kesihatan, tinggalkan tv, buku dan kerja-kerja rumah yang boleh ditangguh dan tidur awal. Kalau ada anak-anak kecil yang perlu diurus, cuba minta bantuan suami atau keluarga agar anda dapat berehat secukupnya. Semasa tidur, pastikan telefon bimbit tiada dalam bilik tidur untuk mejamin tidur tidak terganggu.

6. SENAMAN RINGAN

Saya syorkan senaman ringan sebab pada pendapat saya senaman ringan tidak akan mengakibatkan stres pada fizikal dan mental kita, terutama bagi yang jarang bersenam. Sebaiknya, cuba selang-selikan jenis senaman yang dibuat. Contohnya, hari ini zumba 15 minit, esok senaman untuk kaki, lusa untuk abs, lepas tu jogging, dll. Saya amat syorkan zumba dan senaman ringan misalnya dari apps 7Fit. 7Fit adalah apps yang boleh dimuat turun percuma. Ia menyediakan 6 jenis senaman ringan (classic full body, morning wake-up, before-sleep stretch, abs workout, butt workout dan leg workout) yang memakan masa hanya 7 minit. Setiap satu terdiri dari 13 jenis pergerakan yang diulang selama 30 saat (rehat 5 saat).

7. BERFIKIRAN POSITIF

Stress juga menyumbang kepada tekanan darah tinggi – kadangkala ia adalah punca utama. Think happy thoughts – contohnya dalam kes saya, daripada fikir tentang “outstation akan menyusahkan keluarga”, saya fokuskan minda dengan kebaikan-kebaikan outstation (dapat rehat, jumpa mertua/ipar-duai, belajar perkara-perkara baru, meningkatkan pengetahuan tentang kerja, dapat elaun outstation, dll).

Tips tersebut ternyata berkesan pada saya. Sekiranya anda mengalami masalah stres dan tekanan darah tinggi, cuba amalkan 7 langkah tersebut, Insya-Allah, akan ada kesan positif. Jika tiada kesan, sila buat pemeriksaan kesihatan dengan segera. Saya syorkan anda meminta doktor membuat ujian darah (untuk memastikan kandungan kolesterol, gula, dll) untuk kepastian dan pastikan BMI anda di tahap normal. Ingat, masalah darah tinggi jika tidak ditangani dari awal bukan hanya akan menyusahkan diri sendiri tapi juga keluarga dan menjejaskan pencapaian anda di tempat kerja.

 

Darah Tinggi Membunuh Secara Senyap

https://www.biovco.com/darah_tinggi_membunuh_secara_senyap.php

TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi …


Ramai tak tahu hidap darah tinggi

https://blog.biovco.com/category/ramai-tak-tahu-hidap-darah-tinggi/

TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi …


5 Makanan Utama untuk Menurunkan Tekanan Darah

https://biovco.blogspot.com/2019/03/5-makanan-utama-untuk-menurunkan.html

Apakah cara untuk menurunkan tekanan darah secara semula jadi? Di sini terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mengurangkan tekanan darah


Bersenam Untuk Tangani Tekanan Darah Tinggi

https://infokesihatan4u.wordpress.com/2019/03/25/bersenam-untuk-tangani-tekanan-darah-tinggi/
PENYAKIT hipertension atau tekanan darah tinggi boleh dicegah menerusi amalan gaya hidup lebih sihat dengan bersenam, diet mengurangkan garam dan menurunkan berat badan.