Blog Archives

Punca Migrain

punca migrain dan penyakit berkaitan migrainMigrain mempunyai pengaruh genetik yang kuat. Hampir 70% pesakit migrain mempunyai saudara yang mengalami masalah yang sama. Jika seseorang itu mempunyai migrain berserta aura, saudaranya yang lain mempunyai 4 kali risiko untuk mendapat masalah migrain juga.

Ia masih tidak diketahui bagaimana genetik memainkan peranan penting dalam masalah migraine.

Beberapa perkara yang menyebabkan serangan migraine:

Perubahan hormon(sebagai contoh ketika datang haid)
Tekanan
Kekurangan tidur
Merokok
Bau yang kuat(Pewangi, bau busuk)
Mabuk laut
Makan tidak ikut masa
Beberapa jenis makanan yang dikatakan menyebabkan serangan migraine

Caffeine
Monosodium Glutamate(MSG)
Pemanis tiruan(Aspartame)
Makanan yang mempunyai tyramine(contoh keju yang lama)
Buah-buahan jenis citrus

Tetapi kajian dengan menggunakan sampel yang ramai menunjukkan tiada kaitan migrain dengan makanan-makanan tersebut. Oleh itu, dinasihatkan jika anda mengalami sakit tersebut lepas mengambil apa-apa jenis makanan, anda dinasihati untuk mengelakkan makanan tersebut. Tetapi jika makanan tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap anda, anda boleh mengambilnya seperti biasa.

Simptom Dan Tanda Tanda Migrain

Beberapa simptom migrain yang tipikal adalah:

Sakit bahagian kepala yang berdenyut-denyut. Ia menjadi lebih teruk apabila seseorang itu melakukan sebarang aktiviti lain
Ia melibatkan sebelah bahagian kepala sahaja, sama kiri ataupun kanan. Ia berlaku dibahagian dahi berdekatan dengan kawasan mata. Tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan kepala yang lain
Sakit tersebut mungkin boleh berlaku sehingga 3 hari
Mempunyai simptom rasa loya nda muntah-muntah
Selalunya pesakit sensitif terhadap cahaya dan bunyi yang kuat

Ada sesetengah pesakit yang mempunyai kelumpuhan tangan atau/dan kaki ketika mana migrain berlaku
Pesakit juga akan mempunyai beberapa tanda ketika diperiksa oleh doktor

Mata menjadi merah
Jantung berdenyut laju ataupun terlampau perlahan
Tekanan darah tinggi ataupun terlampau rendah
Sakit dibahagian tengkuk

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Migrain?