Bengkak Kelenjar Tiroid

tiroid_270319cTiroid merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan sejenis hormon yang berfungsi mengawal hal-hal berkaitan metabolisma – dari kadar degupan jantung ke kelajuan tubuh membakar kalori.

Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin guttur yang bermaksud kerongkong.

Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan, kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Sebelum abad ke-20, goiter lazimnya disebabkan oleh kekurangan iodin di dalam diet yang berpunca daripada tanah tempat tinggal penduduk yang tidak mengandungi iodin.

Tanpa iodin yang secukupnya di dalam diet, tiroid tidak berupaya menghasil dan membebaskan dua hormon mengandungi iodin yang diperlukan oleh tubuh anda.

Pada tahun 1920, penyakit goiter semakin berkurangan selepas garam yang sedia diiodin diperkenalkan di Amerika Syarikat.

Dr. Abd. Hamid berkata, lazimnya, kelenjar tiroid anda menghasilkan dua hormon iaitu tiroksina dan triiodotironin (T3), yang beredar di dalam aliran darah dan membantu mengawal metabolisme.

Ia mengekalkan kadar tubuh anda menggunakan lemak dan karbohidrat, membantu mengawal suhu tubuh badan, mempengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein.

Kelenjar tiroid turut menghasilkan kalsitonin iaitu sejenis hormon yang mengawal jumlah kalsium di dalam darah, ujar beliau sambil menambah, kelenjar pituitari dan hipotalamus mengawal kadar hormon-hormon ini dihasilkan dan dibebaskan.

Proses ini bermula apabila hipotalamus – satu kawasan di bahagian dasar otak yang berfungsi sebagai termostat untuk sistem tubuh secara keseluruhannya, memberikan isyarat kepada kelenjar pituitari untuk menghasilkan hormon yang dikenali sebagai hormon perangsang tiroid (TSH).

Menurut Dr. Abd. Hamid, apabila seseorang mempunyai penyakit tiroid seperti goiter, ia tidak bermakna kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon secara normal.

Walaupun apabila tiroid anda dibesarkan, ia mungkin menghasilkan jumlah hormon yang berada di bawah paras normal, normal ataupun melebihi paras normal.

Pembesaran kelenjar boleh menjadi serupa (diffuse goiter) atau kelenjar mungkin membesar disebabkan terdapat satu atau lebih nodul (nodular goiter), katanya.

Nodul-nodul ini merupakan ketulan-ketulan yang terdapat di dalam kelenjar tiroid yang normal.

Terdapat juga punca-punca pembesaran tiroid yang terjadi bukan disebabkan oleh kekurangan iodin seperti:

* Penyakit Graves: Penyakit autoimun ini merupakan punca yang paling biasa bagi tiroid terlalu aktif (hipertiroidisme).

Dalam penyakit Graves, antibodi-antibodi yang dihasilkan oleh sistem imun merangsang tiroid untuk menghasilkan tiroksina yang terlalu banyak.

Lazimnya, sistem imun anda menggunakan antibodi-antibodi untuk membantu melindungi tubuh daripada virus, bakteria dan bahan-bahan asing lain yang menyerang tubuh anda, kata Dr. Abd. Hamid.

Tambahnya, antibodi-antibodi menyerang kelenjar tiroid secara tidak sengaja dan ada kalanya menyerang tisu-tisu di belakang mata dan kulit di bahagian bawah kaki.

Para saintis tidak pasti kenapa penyakit Graves terjadi. Tiroid yang dirangsang secara berlebihan dalam penyakit Graves akan mengakibatkan pembengkakan yang tidak mendatangkan rasa sakit di kelenjar anda.

* Penyakit Hashimoto: Penyakit ini dikenali sebagai tiroiditis limfositik yang kronik, merupakan punca biasa tiroid yang kurang aktif (hipotiroidisme). Penyakit Hashimoto ini juga, jelas Dr. Abd. Hamid, merupakan penyakit antiimun dan menyebabkan inflamasi yang merosakkan kebolehan tiroid untuk menghasilkan hormon.

Kemudian, kelenjar pituitari akan cuba untuk merangsang kelenjar tiroid anda untuk menghasilkan lebih hormon tiroid yang akan menyebabkan kelenjar tiroid membengkak.

* Goiter multinodular: Dalam keadaan ini, beberapa nodular akan terbentuk di kedua-dua belah tiroid, mengakibatkan keseluruhan kelenjar itu membengkak. Ia terjadi apabila hormon tiroid yang biasa, rendah atau berlebihan dihasilkan.

* Nodular tiroid yang tunggal: Terjadi apabila seketul nodul terdapat di mana-mana bahagian kelenjar tiroid anda. Kebanyakan nodular adalah bukan kanser (benigna).

* Kanser tiroid: Kanser tiroid jarang terjadi berbanding nodular tiroid benigna. Satu bahagian tiroid anda akan kelihatan membengkak.

* Mengandung: Sewaktu sedang hamil, hormon gonadotrofin korionik manusia (HCG) mengakibatkan kelenjar tiroid membesar.

* Inflamasi: Tiroditis merupakan satu keadaan di mana tiroid anda membengkak. Terdapat beberapa jenis tiroditis yang boleh menyebabkan kelenjar tiroid anda membengkak.

Kadangkala ia akan mendatangkan rasa sakit yang akan menjadi lebih perit apabila anda menelan atau meletakkan sebarang tekanan kepadanya, kata Dr. Abd. Hamid.

Beberapa jenis tiroiditis dikaitkan dengan hipertiroidisme.

Dr. Abd. Hamid menasihatkan: Jika anda mengalami bengkak di bahagian depan leher iaitu di bahagian atas dan di antara tulang selangka, ini menandakan kelenjar tiroid anda mungkin membengkak.

Segeralah berjumpa doktor untuk memastikan sama ada tiroid anda yang menyebabkan leher membengkak dan mengapa ia berlaku.

Dengan memeriksa leher anda, doktor akan memastikan tahap serta kawasan di mana kelenjar anda membengkak. Dalam beberapa kes, doktor mungkin dapat berasa kehadiran nodul-nodul di leher anda.

Simptom-simptom goiter

* Pembengkakan kelenjar tiroid yang akan menyebabkan leher membengkak

* Rasa perit di kerongkong

* Batuk

* Suara menjadi parau

* Sukar menelan

* Sukar bernafas

Pesakit juga mungkin mengalami tanda-tanda lain bergantung kepada punca asas penyakit goiter berlaku.

 

Penyakit Masalah Tiroid

Penyakit tiroid atau masalah tiroid kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit tiroid juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.


Gangguan kelenjar punca tiroid

Gangguan kelenjar punca tiroid KEBANYAKAN orang sentiasa menyalahkan aktiviti pengambilan makanan tinggi kalori seperti nasi lemak, …


Awas Jika Anda Ada Gangguan Hormon Tiroid

Kira-kira 300 juta orang penduduk dunia mengalami penyakit tiroid kerana kurangnya pengambilan iodin menyebabkan berlakunya gangguan …

 

 

Posted on November 13, 2018, in bengkak tiroid, masalah tiroid, tiroid and tagged . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: